Bagaimana pertikaian dikendalikan dengan adil melalui sistem escrow dan pasukan mediasi MyBumi.
Dikemaskini pada: 5 Mei 2026
Sebelum pertikaian berlaku, MyBumi melindungi setiap transaksi melalui sistem escrow (Tempoh Pegangan Pembayaran). Apabila pembeli membuat bayaran, dana TIDAK dilepaskan terus kepada penjual. MyBumi menahan dana sehingga pembeli mengesahkan penerimaan barang dalam keadaan baik, atau sehingga tamat tempoh Jaminan MyBumi 5 hari. Pegangan ini memberikan kami kuasa untuk menguatkuasakan keputusan yang adil.
Pembeli mesti memohon "Pemulangan/Refund" dalam tempoh Jaminan 5 hari. Pilih sebab khusus dari menu, dan sertakan bukti foto atau video awal.
Penjual diberi tempoh ketat 3 hari untuk respons. (A) Penjual terima — pembeli pulang barang, refund diproses. (B) Penjual tolak — pertikaian rasmi dicetuskan. Jika tiada respons dalam 3 hari, sistem AUTO-eskalasi kepada admin MyBumi.
Sebaik sahaja penjual menolak (atau tiada respons), pertikaian dieskalasi kepada Pasukan Pertikaian MyBumi.
Platform meminta bukti konkrit dalam tempoh 60 jam. Daripada Pembeli: video unboxing (sangat digalakkan), foto label penghantaran, foto kerosakan. Daripada Penjual: video packing, foto parcel sebelum dihantar, resit penghantaran.
Pasukan Pertikaian menyemak bukti kedua-dua pihak dan membuat keputusan yang mengikat. Jika pembeli menang — dana yang ditahan dikembalikan. Jika penjual menang — dana dilepaskan ke wallet penjual.